
Kenapa kita perlu bantu anak yatim?
KERANA, 1 daripada 5 kanak-kanak di seluruh dunia hidup di bawah paras kemiskinan. Anak-anak yang masih ada ibu bapa pun mengalami kesukaran untuk meneruskan kelangsungan hidup, bayangkan yang berstatus yatim dan yatim piatu.
Sabda Nabi SAW: “Aku dan orang yang menjaga anak yatim seperti ini di dalam syurga. Baginda SAW mengisyaratkan dengan merapatkan dua jari baginda SAW iaitu jari telunjuk dan jari tengah.”
Hadis Riwayat At-Tirmizi
Tahukah Anda?
Anak-anak yatim yang tinggal di negara konflik atau negara miskin, cenderung menjadi mangsa buruh kanak-kanak, pemerdagangan manusia dan eksploitasi seksual.
Islam sangat meniktikberatkan kita untuk membantu dan menyantuni anak yatim kerana jika mereka terabai, mereka mungkin akan rosak dan merosakkan masyarakat, sedangkan Allah tidak suka kerosakan dan kebinasaan.
Jadi, bagaimana cara untuk membantu anak yatim?
Tahun ini, Islamic Relief Malaysia membuka peluang kepada orang ramai untuk menaja anak-anak yatim di 5 buah negara iaitu Syria, Somalia, Indonesia Bangladesh dan Afghanistan melalui projek Tajaan MyYateem.
Projek penajaan anak yatim adalah tajaan anak-anak yatim antaranya yang menjadi mangsa krisis peperangan dan bencana.
Penajaan ini adalah dari segi bantuan kewangan yang digunakan untuk perbelanjaan makanan, perlindungan atau tempat tinggal, rawatan perubatan dan pendidikan.
Bagi yang berminat untuk menyertai projek tajaan ini, anda perlu memberi komitmen bayaran secara tetap RM350 setiap bulan selama dalam tempoh sekurang-kurangnya 2 tahun.
Apa kelebihan projek penajaan anak yatim anjuran Islamic Relief Malaysia?
Untuk kefahaman secara umum dan mudah, projek ini diibaratkan seperti anda mengambil anak angkat tetapi anak ini tinggal di luar negara❤️
Menerusi penyertaan projek penajaan anak yatim dengan Islamic Relief Malaysia, anda akan diberi peluang untuk memilih anak angkat tajaan dari negara yang anda suka. (ha... menarik kan????)
Yang paling menarik dan bonus lagi, anda juga boleh pilih jantina anak angkat tajaan.
Insya-Allah, kakitangan kami yang mengendali projek penajaan ini akan cuba membantu anda❤️
Apa yang penaja/ibu bapa angkat akan dapat selepas mendaftar projek penajaan ini?
Selepas pengesahan pembayaran pertama dibuat, penaja atau ibu bapa angkat akan menerima biodata ringkas anak yang ditaja.
Seterusnya, setiap tahun penaja/ibu bapa angkat akan menerima laporan perkembangan anak yang ditaja.
Contoh Laporan dalam PDF:
Jom bantu dan taja anak yatim sekarang!
Insya-Allah, pahala berpanjangan menanti anda.
Untuk sebarang pertanyaan mengenai projek penajaan MyYateem, hubungi Sister Ira di talian +6013-261 7488.