KRISIS SUDAN: BENCANA KEMANUSIAAN TERBESAR DI DUNIA
Krisis di Sudan ibarat neraka dunia. Orang awam menjadi sasaran di mana golongan lelaki dan anak lelaki dibunuh, seterusnya mayat mereka dibakar. Wanita pula diperkosa ketika melarikan diri.
❗ 24 juta rakyat hadapi krisis makanan.
❗ 12.8 juta rakyat terpaksa lari dari rumah
❗ 3.9 juta menjadi pelarian ke negara jiran
❗ 30 juta perlukan bantuan segera
❗ Lebih 80% fasiliti kesihatan terhenti operasi
❗ Banjir & penyakit seperti kolera & malaria meningkat
Secara keseluruhan, Islamic Relief sudah membantu lebih 1.2 juta penduduk Sudan sejak perang memuncak April 2023.

Teruskan menyokong usaha Islamic Relief kerana masih ramai yang perlu dibantu dan kakitangan kami di Sudan sentiasa siap sedia untuk menyampaikan amanah anda kepada penduduk Sudan yang terjejas.
Derma Sekarang.