
Rezeki Qurban
#zahirkankesyukuran
Pada tahun 2024, Islamic Relief secara global telah berjaya melaksanakan 192,991 penyertaan bahagian korban di 27 buah negara merentasi benua.
Penyertaan bahagian korban tersebut meliputi 816 sokongan penyertaan daripada rakyat Malaysia melibatkan pelaksanaan ibadah korban di Mali, Malawi, Somalia, Yaman, Syria dan Gaza, Palestin.
Alhamdulillah, lebih 4,773 individu dapat menikmati juadah daging korban di enam negara tersebut. Meski Gaza berada dalam keadaan dan situasi kritikal, agihan daging korban tetap sampai kepada mereka, hasil gerak kerja kakitangan Islamic Relief di Palestine.
Tahun ini, Islamic Relief Malaysia mensasarkan kutipan dana sebanyak RM600,000 bagi berkongsi rezeki agihan daging korban bersama para penerima di tujuh buah negara Mali, Malawi, Somalia, Malaysia, Yaman, Syria dan Palestin (Gaza) menerusi 737 penyertaan bahagian korban.
Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada hari Al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).”
(Hadith Riwayat Al-Tirmizi)
Jadilah sebahagian daripada mereka yang membantu insan-insan lain yang sedang kesusahan melalui Sedekah Qurban.
Qurban Anda, Harapan Mereka!