Rezeki Ramadan 2023


TAJAAN PEK MAKANAN RAMADAN 1444H



Rasulullah SAW Bersabda:
“Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa, dia akan mendapat pahala yang sama dengan orang yang berpuasa dalam keadaan pahala orang tersebut tidak berkurangan sedikit pun.”
Hadis Riwayat At-Tirmidzi




Program Makanan Sedunia (WFP) menyifatkan tahap kelaparan penduduk di seluruh dunia adalah yang terburuk sekali. Lebih 828 juta orang dilaporkan terpaksa tidur dalam kelaparan setiap hari ekoran konflik, impak pandemik Covid-19, bencana alam dan juga isu kenaikan harga barang yang kian meruncing.


Rezeki Ramadan #gandakanpahala


Projek Rezeki Ramadan #gandakanpahala menyasarkan kutipan dana RM2.5 juta bagi menyantuni 37,250 individu di 11 buah negara.


Objektif projek ini dijalankan bertujuan meringankan beban golongan rentan dalam menyediakan juadah berbuka dan bersahur ketika bulan Ramadan.


Penerima manfaat terdiri daripada golongan B40 dan ke bawah, orang kelainan upaya (OKU), ibu tunggal, pesakit kronik, pelarian, penduduk terjejas bencana dan keluarga dengan ahli yang ramai.


Setiap pek makanan Ramadan yang diedarkan, dilengkapi dengan bekalan makanan asas atau makanan ruji penerima manfaat mengikut negara masing-masing seperti beras, tepung, jagung, pasta, bijirin, kekacang, daging dalam tin, minyak masak, gula, teh dan kurma.





Secara umumnya, bantuan pek makanan Ramadan daripada Islamic Relief ini berperanan sebagai bekalan makanan tambahan sewaktu bulan Ramadan. Namun begitu, bagi sesetengah penduduk di negara konflik yang sedang berdepan ancaman malnutrisi, kelaparan mahupun kebuluran, ia mungkin menjadi satu-satunya sumber bekalan makanan utama juga satu-satunya bantuan yang sangat dinanti-nantikan mereka yang berpuasa hampir sepanjang tahun.




Andai ini Ramadan kita yang terakhir, sama-samalah kita berkongsi rezeki dan berlumba-lumba melakukan amal kebaikan agar ianya menjadi lubuk pahala terbesar untuk bekalan kita bertemu Pencipta. Ketahuilah, setiap sumbangan anda memberi makna besar dalam mewarnai Ramadan mereka yang memerlukan di luar sana.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
PEK MAKANAN RM350
PEK MAKANAN RM250
SEDEKAH RAMADAN RM100
SEDEKAH RAMADAN RM50
SEDEKAH RAMADAN RM30
SEDEKAH RAMADAN RM10
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


PENGESAHAN