Rayuan Palestin


TABUNG BANTUAN PALESTIN






Gaza merupakan salah satu tempat yang paling padat di dunia. Jutaan penduduk menjalani kehidupan mencabar saban hari. Jalur kecil tanah itu telah digambarkan sebagai penjara terbuka sejak puluhan tahun lamanya akibat konflik peperangan yang tidak berkesudahan.


Lebih daripada 70% penduduk Gaza menganggur, manakala 80% bergantung kepada bantuan luar untuk terus hidup. Lebih satu per empat keluarga tinggal di rumah yang tidak selamat dan berbahaya kepada kesihatan mereka.


Generasi anak muda telah terjejas secara psikologi oleh konflik yang berpanjangan dan sekatan. Ramai kanak-kanak tidak boleh tidur kerana mimpi ngeri dan ramai orang muda mengatakan bahawa mereka tidak mempunyai harapan untuk masa depan.


Peperangan yang berlarutan telah menjejaskan kualiti hidup penduduk Palestin!





Islamic Relief mula beroperasi dan menyalurkan bantuan kemanusiaan di Palestin sejak tahun 1997.  Secara keseluruhan, Islamic Relief sudah membantu ratusan ribu penduduk di Palestin melibatkan bantuan makanan, akses air bersih, perlindungan, tajaan anak yatim, program pembangunan komuniti, kehidupan mampan, pendidikan, perubatan, psikososial serta banyak lagi.









Tahun ini, Islamic Relief Malaysia ingin mengajak anda semua untuk menyokong kempen Rayuan Palestin yang akan dijalankan sepanjang tahun dengan sasaran pengumpulan dana sebanyak RM500,000 bagi meneruskan lagi kesinambungan bantuan kepada penduduk di Gaza dan Palestin secara keseluruhan. 


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
TABUNG BANTUAN PALESTIN RM100
TABUNG BANTUAN PALESTIN RM50
TABUNG BANTUAN PALESTIN RM30
TABUNG BANTUAN PALESTIN RM10
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

Islamic Relief Malaysia
donation@islamic-relief.org.my