Aceh Tenat
Islamic Relief Indonesia sudah berada di lapangan untuk agihan bantuan kecemasan sejak bencana banjir besar dan tanah runtuh melanda Aceh dan beberapa wilayah di Sumatera pada 27 November lalu. Namun, masih ramai yang memerlukan bantuan segera untuk meneruskan kehidupan selepas bencana. Setakat ini, Kementerian Hal Ehwal Agama Indonesia membenarkan penerimaan dana zakat, infak dan sedekah dari luar negara sekiranya disalurkan melalui badan amil zakat yang diiktiraf. Alhamdulillah, Islamic Relief Indonesia sudah memegang status rasmi sebagai badan amil zakat di negara itu, menjadikan gerak kerja agihan bantuan yang dapat dijalankan dengan lebih cepat, lancar dan telus. Seorang kakitangan Islamic Relief Malaysia kini bersama-sama pasukan Islamic Relief Indonesia untuk menyampaikan bantuan hasil sumbangan rakyat Malaysia kepada penduduk terjejas merangkumi pek makanan, kit kebersihan dan pelitup muka yang menjadi keperluan mendesak kerana keadaan sangat berdebu dan kotor. Ratusan ribu mangsa yang terjejas masih lagi bergelut untuk mendapatkan bantuan makanan, air bersih dan ubat-ubatan. "Sepanjang perjalanan, saya
lihat terlalu ramai orang berdiri di kaki jalan meminta bantuan. Keadaan
sangat mendesak," kata Fathi Ridhwan Saidin, Pegawai Kanan Bahagian
Program, Islamic Relief Malaysia.
Aceh merupakan kawasan paling teruk terjejas dengan lebih 900,000 penduduk dipindahkan dan 415 kematian direkodkan. Kami merayu sokongan anda untuk terus membantu saudara kita yang sedang berdepan ujian ini. Bantu Aceh sekarang. |
