Rezeki Qurban Malaysia 2025

Rezeki Qurban

#zahirkankesyukuran

Jom daftar ibadah korban di Malaysia dengan harga RM1,200 untuk 1 bahagian korban


Aidiladha Dirai, Nikmat Dikongsi

Pada tahun 2024Islamic Relief secara global telah berjaya melaksanakan 192,991 penyertaan bahagian korban di 27 buah negara merentasi benua.

Penyertaan bahagian korban tersebut meliputi 816 sokongan penyertaan daripada rakyat Malaysia melibatkan pelaksanaan ibadah korban di Mali, Malawi, Somalia, Yaman, Syria dan Gaza, Palestin.

Alhamdulillah, lebih 4,773 individu dapat menikmati juadah daging korban di enam negara tersebut.

Tahun iniIslamic Relief Malaysia mensasarkan kutipan dana sebanyak RM600,000 bagi berkongsi rezeki agihan daging korban bersama para penerima di tujuh buah negara (Mali, Malawi, Somalia, Malaysia, Yaman, Syria dan Palestin (Gaza) menerusi 737 penyertaan bahagian korban.

Untuk penyertaan ibadah korban di Malaysia, HANYA 7 kuota penyertaan bahagian ibadah korban ditawarkan.


Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada hari Al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).”

(Hadith Riwayat Al-Tirmizi)

Jangan lepaskan peluang untuk sertai ibadah korban bersama Islamic Relief Malaysia.

Mengapa anda perlu mendaftar ibadah korban bersama Islamic Relief Malaysia?

Mematuhi piawaian dan garis panduan proses pelaksanaan ibadah dan agihan daging korban

Lebih 40 tahun pengalaman dalam dunia kemanusiaan

Diiktiraf di peringkat antarabangsa dalam sektor bantuan

Status Perundingan Khas PBB sejak 1993 (UNECOSOC)

Ketelusan & tadbir urus terbaik untuk setiap sumbangan

Harga berpatutan & mampu milik


Terhad sementara kuota bahagian masih ada.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Rezeki Qurban Malaysia - RM1,100
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


PENGESAHAN