MySedekah Kemanusiaan Tanpa Sempadan

Semoga asbab sedekah yang anda berikan ini,

maka Allah buka pintu rezeki anda seluas-luasnya. Amin 

Islamic Relief Malaysia membuka peluang kepada anda semua untuk turut sama meringankan beban mereka yang memerlukan di dalam dan luar negara. Bantuan yang disalurkan menerusi projek MySedekah melibatkan sektor makanankesihatan dan kehidupan mampan.

Dana yang disasarkan bagi kempen ini sebanyak RM2.7 JUTA

 KRISIS  KEMANUSIAAN DI YAMAN SEMAKIN KRITIKAL

Alhamdulillah, berkat sokongan dan sumbangan rakyat Malaysia menerusi kempen MySedekah, Islamic Relief Malaysia telah berhasil menyalurkan bantuan makanan kepada 110 buah keluarga di Taiz Yaman.


BANTUAN PERUBATAN UNTUK PENDUDUK SYRIA SEJAK TAHUN 2011

Selain memfokuskan bantuan di dalam Syria, Islamic Relief turut aktif membantu pelarian Syria yang berada di negara jiran seperti di Turkiye dan Jordan.

Alhamdulillah, ebih 5,300 penduduk Syria telah mendapat manfaat bagi pembiayaan rawatan di pusat dialisis di Aleppo dan Idlib Syria hasil sokongan dan sumbangan rakyat Malaysia.

Setiap wang ringgit yang dikongsi telah meringankan beban dan menyelamatkan nyawa mereka.

INISIATIF PROJEK ‘GIFT OF HOPE’ BANTU GOLONGAN RENTAN DI MALAYSIA

“Suami saya tidak dapat bekerja atas faktor kesihatan. Dia menghidap batuk kering dan sakit paru-paru tahap 4. Jadi, saya terpaksamenyara keluarga dengan menjual kuih-muih.

“Saya sangat berterima kasih kepada Islamic Relief Malaysia atas bantuan pek makanan, modal perniagaan dan kelengkapan sekolah untuk anak saya.

“Mesin dan alatan yang saya dapat juga sangat membantu memudahkan proses pembuatan kuih muih dan saya dapat menghasilkan kuih dengan kuantiti yang lebih banyak berbanding dahulu.

“Alhamdulillah, kini pendapatan saya sudah meningkat dan semakin baik,” kata Mastura Hamezah. 

Pastinya perasaan kita berbaur dengan pelbagai emosi selepas membaca kisah-kisah yang dikongsikan. Perasaan ingin membantu dengan segera saudara kita yang dilanda musibah kini semakin membuak-buak. Kita tidak mahu mereka terus menerus hidup dalam kesempitan.

 



Inilah masanya untuk kita bertindak. Sekecil mana pun usaha kita, besar di mata mereka.

Marilah Menyumbang!



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
mySedekah RM10
mySedekah RM20
mySedekah RM30
mySedekah RM50
mySedekah RM100
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN