
MENJADI MANUSIA YANG PALING BERMANFAAT MENERUSI PROJEK MYSEDEKAH ISLAMIC RELIEF MALAYSIA
Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila mati seorang manusia,
terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau
ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan
baginya."
Hadis Riwayat Muslim
Krisis Kemanusiaan Semakin Buruk
Sedar atau tidak, angka kematian disebabkan peperangan, penindasan,
krisis kemanusiaan, bencana alam dan penularan wabak terus meningkat tinggi.
Menurut Pejabat Koordinasi Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (UNOCHA), dijangkakan 274 juta orang memerlukan bantuan
kemanusiaan dan perlindungan pada tahun 2022.
Antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan angka ini antaranya
kesan pandemik COVID-19, konflik berpanjangan dan bencana alam.
Fakta Yang Perlu Anda Tahu:
Lebih 811
juta orang di seluruh dunia, tidur dalam kelaparan setiap malam. (WFP)
Sekitar 45 juta orang di
seluruh dunia kini diambang kebuluran. (WFP)
Dianggarkan lebih 84 juta orang terpaksa melarikan
diri daripada rumah mereka dan menjadi pelarian sama ada di dalam negara
mahupun di negara jiran setakat pertengahan tahun 2021 atas pelbagai faktor.
(UNHCR)
Menjelang tahun 2050,
lebih 216 juta orang dijangka terpaksa berpindah daripada tempat tinggal mereka
ekoran kesan perubahan iklim.
Dalam
Setiap Rezeki Kita, Ada Rezeki Orang Lain
Islamic Relief Malaysia terus peka
dalam membantu meringankan beban mereka yang memerlukan di dalam dan luar
negara tanpa mengira jurang perbezaan menerusi kempen mySedekah bagi
menyalurkan bantuan merangkumi sektor berikut:
- Makanan
- Kecemasan
- Kesihatan
- Pendidikan
- Pembangunan
Komuniti
- Air, Sanitasi & Kebersihan
Melalui mySedekah, sumbangan anda dapat membantu mereka yang mengalami kesukaran dan kesempitan untuk meneruskan kehidupan mereka sehingga berjaya dan mampu berdikari sendiri.
Antara projek yang telah dijalankan
melalui tabung mySedekah:
- Bantuan
COVID-19
- Bantuan
Pek Makanan
- Bantuan
Kecemasan Banjir
- Bantuan Barangan Persekolahan
Musibah Orang Lain, Ujian Bagi Kita
Setiap manusia akan menerima ujian daripada Allah SWT sama ada dalam bentuk kesusahan atau kesenangan. Ujian diberikan kepada kita untuk mengetahui sejauh mana keikhlasan dan kesabaran kita dalam mengharungi ujian tersebut.
Namun, ujian yang diturunkan Allah tidak hanya menguji mereka yang terjejas, namun ia juga turut menguji orang sekeliling yang mengetahui bahawa mereka sedang memerlukan bantuan.
Melalui situasi ini, Allah juga mahu melihat sejauh mana keprihatinan serta kesanggupan kita untuk membantu mereka yang memerlukan serta menilai kemurahan hati kita dalam berkongsi nikmat rezeki dan kesenangan yang dikurniakan Allah.
Orang yang bersyukur adalah orang yang sentiasa terbuka mindanya untuk mengambil pengajaran apabila melihat kesusahan yang menimpa orang lain. Ia juga dapat mendidik diri agar tidak kufur atau mensia-siakan nikmat yang diperolehi walaupun sedikit.
Sabda Rasulullah SAW:
“Tidak akan berkurang harta dengan sedekah.”
Hadis Riwayat Muslim