Projek Bantuan Anak Yatim

PROJEK BANTUAN ANAK YATIM


Jom bersama Ikon Kemanusiaan Islamic Relief Malaysia dalam memberi harapan kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik, untuk melakar masa depan cerah menerusi sokongan dari sudut keperluan fizikal, emosi dan psikologi mereka.



Sabda Rasulullah SAW:

“Barangsiapa yang memelihara anak yatim dan memberinya makan dan minum, nescaya Allah akan memasukkannya ke dalam syurga, kecuali jika dia melakukan dosa yang tidak dapat diampuni.”

(Riwayat al-Tirmizi)




Krisis anak yatim merupakan cabaran global yang memberi kesan kepada jutaan kanak-kanak di seluruh dunia tanpa mengira bangsa, agama atau negara.

 

Kebanyakan mereka juga tidak mendapat akses pendidikan yang baik, terdedah kepada isu buruh kanak-kanak, perkahwinan secara paksa, pemerdagangan manusia dan pelbagai masalah lain.

 

Setiap hari, kanak-kanak terabai akibat kemiskinan dan menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, dianggarkan 800,000 orang setiap tahun membunuh diri, dengan lebih daripada 75 peratus daripada mereka tinggal di negara berpendapatan rendah atau sederhana.




Bagaimana cara untuk membantu mereka?


Anda boleh membantu anak-anak yatim menerusi projek Kasih MyYateem, di mana sumbangan yang diberikan akan digunakan untuk membantu anak-anak yatim di lebih 25 buah negara seperti Indonesia, Bangladesh, Syria, Palestin, Somalia, Bosnia dan Yaman.

Bantuan yang akan diberikan merangkumi sokongan pendidikan, kesihatan, bantuan keluarga dan makanan asas.

Kami sangat berharap dengan adanya sokongan bantuan ini, anak-anak yatim yang dibantu dapat meneruskan pembelajaran dan mengubah nasib diri serta keluarga ke arah yang lebih baik. Kami percaya, pendidikan mampu mengubah nasib mereka, jika mereka diberi peluang, ruang dan sokongan yang baik.




Sumbangan anda mampu membawa perubahan dalam kehidupan anak-anak yatim ini.

 

Terima kasih atas kemurahan hati anda, teruskan menyumbang.




Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
PROJEK BANTUAN ANAK YATIM - RM100
PROJEK BANTUAN ANAK YATIM - RM50
PROJEK BANTUAN ANAK YATIM - RM30
PROJEK BANTUAN ANAK YATIM - RM10
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN